Assalamualaikum, salam sejahtera buat para pembaca budiman. 
      Artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit fakta menarik mengenai   kitab suci bagi penganut agama Islam iaitu Al-Quran. Mengikut   kepercayaan orang Islam, Al-Quran mengandungi wahyu Tuhan mereka yang   diutuskan kepada nabi Muhammad saw kira-kira 1400 tahun yang lalu. Ia   diturunkan sebagai panduan untuk semua umat manusia. Di dalamnya   menceritakan kisah-kisah terdahulu bermula dengan kewujudan bumi melalui   teori Big Bang sehinggalah pengakhiran bumi yang akan musnah. Pelbagai   ilmu seperti sains, matematik, geografi dan sebagainya juga terkandung   dalam kitab yang dikatakan mukjizat ini.
      Menarik mengenai kitab berbahasa arab yang kini sudah diterjemah dalam   pelbagai bahasa ini ialah ia mempunyai bilangan perkataan yang unik.  Ia  mungkin dilihat logik dan biasa dari sudut tatabahasa tetapi  bukanlah  sesuatu kebetulan dari sudut matematik. Pasti, ia mempunyai  sesuatu  mesej yang ingin disampaikan. Berikut merupakan bilangan  perkataan di  dalam Al-Quran:
Dunia   dan akhirat = 115, Malaikat dan Syaitan = 88, Hidup dan Mati = 145,   Manfaat dan binasa = 50, Manusia dan Rasul = 50, Iblis dan Carilah   perlindungan dari Iblis = 11, Musibah dan Terima kasih = 75, Sedekah dan   Kepuasan = 73, Orang yang disesatkan dan  Orang Mati = 17, Muslimin dan Jihad = 41, Emas dan Kehidupan senang = 8, Ajaib dan  Fitnah = 60, Zakat dan Barakah = 32, Fikiran dan Cahaya = 49, Berani dan Takut = 8, Hidup susah dan Bersabar  = 114, Lelaki dan Perempuan = 24
Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul:
Solat = 5, Bulan = 12, Hari = 365, Laut = 32, Tanah = 13, 
Laut + tanah = 32+13 = 45
Laut = 32/45 X 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 X100 = 28,88888889%
Laut + Tanah= 100.00%
Laut + tanah = 32+13 = 45
Laut = 32/45 X 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 X100 = 28,88888889%
Laut + Tanah= 100.00%
      Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air  meliputi  71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah  ini suatu  kebetulan? Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini?  Allah lah  Yang Maha Kuasa yang  mengajar semua ini.
       Al-Quran mengandungi 114 surah, 154 ayat-ayat ganjil dari 27 surah   ganjil dan 27 surah genap (27+27 = 54). 60 ayat genap dari 30 surah   ganjil dan 30 surah genap (30+30 = 60), 54 ayat ganjil + 60 ayat genap =   114 surah, 57 (27+30) surah ganjil + 57 (27+30) surah genap juga   menghasilkan 114 surah, mempunyai 86,430 perkataan dengan sejumlah   323,760 huruf Arab (hijaiiyaah), 6,236 ayat, mengandungi 6,236 nombor   surah dan ayat ganjil. Terdiri daripada  6,555 jumlah semua nombor dalam surah.
      Grafik daripada susunan ayat dalam surah al-Quran yang terhasil   daripada kajian sains fizik membentuk kalimah Allah dan Muhammad dan   imej-imej gelombang tersendiri yang unik.Ia juga mulai diterima oleh   Rasulullah SAW pada 15 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun dan   diturunkan berperingkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan