CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 14 Disember 2011

Cara Mudah Hafal SifiR !!!

Cara MudaH HafaL SifiR

Assalammualaikum semua...tadi saya terbaca sebuah ringkasan journal bertajuk 'Penguasaan Sifir Darab dalam Matematik Tahap Dua' menerusi http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER yang berbunyi:

"Pencapaian rendah di kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi math phobia. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis," Agnes Voo Tun Chuan.

Maka saya ingin berkogsi sesuatu dengan anda semua kaedah paling mudah untuk menghafal sifir. Hakikatnya sifir amat mudah jika diberi cara dan teknik yang mudah. Menerusi buku E- Book Mudah sifir kita dapati:
Untuk mengira sifir 6 - 9 ( gunakan nombor rujukan 10)

Untuk mengira sifir 6 - 9 ( gunakan jari)


Diharap kaedah - kaedah di atas dapat membantu anda menguasai sifir. sekian..selamat belajar!!

Selasa, 13 Disember 2011

Tangan Kurniaan Allah

http://youtu.be/YL3PtlxYkZ4

Jom Kita Bermain Sambil Belajar

Assalamualaikum...
Dapatkan pelbagai permainan matematik yang mencabar , menarik dan berkualiti di sini :


http://flashgamesspot.com/ms/play/tiger-family-multiplication-puzzle-tiger-family-m/flash-game/


Semoga semuanya terhibur....

Kitab Ajaib ( Rehatkan Minda )



Assalamualaikum, salam sejahtera buat para pembaca budiman.
    Artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit fakta menarik mengenai kitab suci bagi penganut agama Islam iaitu Al-Quran. Mengikut kepercayaan orang Islam, Al-Quran mengandungi wahyu Tuhan mereka yang diutuskan kepada nabi Muhammad saw kira-kira 1400 tahun yang lalu. Ia diturunkan sebagai panduan untuk semua umat manusia. Di dalamnya menceritakan kisah-kisah terdahulu bermula dengan kewujudan bumi melalui teori Big Bang sehinggalah pengakhiran bumi yang akan musnah. Pelbagai ilmu seperti sains, matematik, geografi dan sebagainya juga terkandung dalam kitab yang dikatakan mukjizat ini.

    Menarik mengenai kitab berbahasa arab yang kini sudah diterjemah dalam pelbagai bahasa ini ialah ia mempunyai bilangan perkataan yang unik. Ia mungkin dilihat logik dan biasa dari sudut tatabahasa tetapi bukanlah sesuatu kebetulan dari sudut matematik. Pasti, ia mempunyai sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Berikut merupakan bilangan perkataan di dalam Al-Quran:

Dunia dan akhirat = 115, Malaikat dan Syaitan = 88, Hidup dan Mati = 145, Manfaat dan binasa = 50, Manusia dan Rasul = 50, Iblis dan Carilah perlindungan dari Iblis = 11, Musibah dan Terima kasih = 75, Sedekah dan Kepuasan = 73, Orang yang disesatkan dan Orang Mati = 17, Muslimin dan Jihad = 41, Emas dan Kehidupan senang = 8, Ajaib dan Fitnah = 60, Zakat dan Barakah = 32, Fikiran dan Cahaya = 49, Berani dan Takut = 8, Hidup susah dan Bersabar = 114, Lelaki dan Perempuan = 24

Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul:

Solat = 5, Bulan = 12, Hari = 365, Laut = 32, Tanah = 13,
Laut + tanah = 32+13 = 45
Laut = 32/45 X 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 X100 = 28,88888889%
Laut + Tanah= 100.00%
Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah ini suatu kebetulan? Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini? Allah lah Yang Maha Kuasa yang mengajar semua ini.

     Al-Quran mengandungi 114 surah, 154 ayat-ayat ganjil dari 27 surah ganjil dan 27 surah genap (27+27 = 54). 60 ayat genap dari 30 surah ganjil dan 30 surah genap (30+30 = 60), 54 ayat ganjil + 60 ayat genap = 114 surah, 57 (27+30) surah ganjil + 57 (27+30) surah genap juga menghasilkan 114 surah, mempunyai 86,430 perkataan dengan sejumlah 323,760 huruf Arab (hijaiiyaah), 6,236 ayat, mengandungi 6,236 nombor surah dan ayat ganjil. Terdiri daripada 6,555 jumlah semua nombor dalam surah.

    Grafik daripada susunan ayat dalam surah al-Quran yang terhasil daripada kajian sains fizik membentuk kalimah Allah dan Muhammad dan imej-imej gelombang tersendiri yang unik.Ia juga mulai diterima oleh Rasulullah SAW pada 15 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun dan diturunkan berperingkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.

MANCALA

Salam 1 Malaysia…..
Pertemuan pada kali ini, saya ingin memperkenalkan sebuah permainan yang tidak asing lagi dikalangan kita semua iaitu “permainan congkak” atau “mancala”. Mungkin ada dikalangan anda yang tidak tahu bagaimana hendak bermainan permainan ini. Sebelum itu mari kita lihat objektif permainan  ini adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin permata dalam mancala anda. Anda dan pihak lawan akan bergilir-gilir untuk mengumpulkan permata itu.
1)      Anda hanya boleh menggerakkan permata didalam kawasan anda.
2)      Ketika giliran anda, masukkan semua permata didalam lubang dan permata diagihkan berlawanan dengan arah jam.
3)      Jika anda memasukkan permata yang terakhir ke dalam mancala atau “lubang utama”, anda boleh bermain lagi.
4)      Jika anda memasukkan permata yang terakhir ke dalam lubang pada kawasan anda dan ada permata lain pada lubang bertentangan dengan kawasan anda, kemudian kedua-dua permata dalam lubang tersebut menjadi hak milik anda.
selamat mencuba! Cool 
http://www.mathplayground.com/mancala.html



PENDARABAN BERGAMBARAJAH

Tahukah anda bahawa pendaraban boleh dilakukan dengan menggunakan gambar rajah. Jom kita mengkaji kaedah yang baru lagi unik ini dalam edisi kali ini…
 
      Adik-adik marilah kita mulakan dengan pendaraban 22 dan 13. Bagi menyelesaikan pendaraban ini mulakan dengan melukis dua garisan yang condong ke kanan, seterusnya kita perlu melukis dua lagi garisan yang selari dengan dua garisan yang sebelumnya serta terletak ke bawah dua garisan yang pertama (garisan-garisan ungu dalam rajah 1). Seterusnya anda perlu melukiskan satu garisan yang condong ke bawah dan kanan serta bersilang dengan garisan-garisan ungu (garisan hijau dalam rajah 1). Selepas itu, bergerak ke atas dan lukiskan tiga (3) garisan yang selari dengan garisan yang yang baru dilukis tadi (garisan berwarna biru muda dalam rajah 1).

 
       Sekarang mari kita mengira bilangan titik persilangan di setiap penjuru rajah 1 yang telah kita lukis. Didapati bahawa bilangan titik persilangan di sebelah kiri rajah (berlorek hijau) adalah digit pertama hasil darab antara 22 dan 13. Seterusnya, jumlahkan  bilangan titik persilangan  pada penjuru atas dan bawah segi empat (kawasan lorekan biru); ini merupakan digit tengah hasil darab. Manakala bilangan titik persilangan  pada pepenjuru kanan segi empat dalam rajah 1 (kawasan berlorek kuning) adalah merupakan digit terakhir jawapan 22 x  13.

        Kaedah ini boleh digunakan untuk pendaraban semua nombor dua digit dengan tepat, dan jika bahagian yang berlorek hijau, biru ataupun kuning  mengandungi 10 atau lebih titik persilangan maka jangan lupa membawa digit “puluh” ke sebelah kiri seperti  kaedah yang digunakan dalam penambahan.
 
        Jom kita melihat konsep matematik yang tersembunyi di sebalik kaedah ini. Kaedah ini berkesan disebabkan bilangan garisan yang terdapat dalam gambar rajah memainkan peranan sebagai pemegang tempat ( berdasarkan kuasa 10: iaitu tempat “sa” , “puluh”, “ratus” dan seterusnya), manakala bilangan titik persilangan di setiap penjuru adalah hasil darab bilangan garisan. Maka dari segi matematik kita sebenarnya sedang menjalankan operasi seperti di bawah:

22 x 13 = ( 2*10 + 2 ) * ( 1*10 + 3 ) = 2*1*100 + 2*3*10 + 2*1*10 + 2*3 = 286.

         Pendaraban ini digambarkan melalui rajah 1. Iaitu kawasan berlorek hijau mewakili  2*1=2 titik. Manakala di kawasan berlorek biru terdapat  2*3+2*1= 8 titik. Sementara itu di kawasan berlorek kuning pula terdapat  2*3=6  titik. Maka dari sini kita akan nampak bahawa kaedah pendaraban ini juga mengikut operasi yang sama dengan kaedah pendaraban biasa di mana kita menambahkan jumlah setiap baris.

         Kaedah ini juga boleh digunakan untuk pendaraban yang melibatkan nombor-nombor tiga(3) digit dengan mengingati kita kena membawa nombor di tempat puluh ke kiri bila ianya melebihi 9. Namun masa yang diambil akan semakin panjang maka kaedah ini tidak begitu digalakkan. Adik-adik digalakkan mencuba keadah ini untuk pendaraban nombor 2 digit dahulu….Selamat mencuba..

Selasa, 18 Oktober 2011

Cara Mudah Mengira Darab

Ini salah satu kaedah membantu murid - murid yang lemah menguasai sifir menjawab soalan operasi darab dengan mudah , tepat dan pantas .