CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 14 Disember 2011

Sifir 8

Jom  kita belajar sifir 8. Ayuh tengok video di bawah:


Harap dapat memperkukuhakan lagi penguasaan sifir anda.

Sifir 9

Jom kita lihat macammana mengingati sifir 9 menggunakan jari kita sendiri.......



Harap dapat membantu.

Teknik Mudah Dan Pantas Hafal/ Ingat Sifir E-Sifir

Kepada sesiapa yang nak ajar anak-anak ataupun belajar mengingati sifir dengan cara yang agak mudah dan pantas, boleh lah guna kaedah e-sifir yang telah di cipta oleh seorang guru (tak ingat dah nama dia)..

Kaedah ini agak menarik dan senang diajar tetapi ia memerlukan pelajar mengingati langkah-langkah tertentu...

Dibawah ada sedikit snapshot daripada power point teknik-teknik hafal sifir cara mudah itu..




bila taktik e-sifir ini telah dikuasai, pesan kepada pelajar-pelajar supaya bila dapat je kertas soalan matematik, terus tulis sifir-sifir tersebut dia atas kertas soalan. senang nanti hanya rujuk je kepada sifir-sifir tersebut bila nak menjawab soalan yang memerlukan penggunaan sifir.

tapi kaedah ini terhad kepada sifir 5-9 sahaja. tak pasti sama ada untuk sifir-sifir yang lain atau tidak.


..:: rEhAtkAn miNdA dEngAn LAwAk jEnAkA ::..

sekarang ape kata kite rehatkan minda dengan sedikit jenaka yang melibatkan matematik.... tapi.. saya nasihatkan agar anda sumer pastikan yang tiada makanan dalam mulut anda kerana dikhuatiri akan tersembur keluar nanti.. eheks.. ok.. kat sini
Situasi 1
Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.
Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..
Murid-Murid : Baik cikgu..
Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad
Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jdi berapa...?
Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..
Cikgu : Hah...??

Situasi 2
Cikgu : Mat, 4 x 6 berapa?

Mat : 24, cikgu...

Cikgu : Bagus, 6 x 4 berapa?

Mat : Sudah tentu 42.

Situasi 3
Pada suatu hari, seorang ibu mengajar anaknya cara mengira.

EMAK: Katakan kita hendak pergi berkelah. Kita mahu minum Coca Cola. Yang pergi berkelah adalah ayah, emak, kamu, kakak dan nenek. Berapa tin Coca Cola yang kita perlu bawa semasa berkelah, supaya setiap orang dapat minum satu tin Coca Cola.

ANAK: Biar saya kira.... mmm... empat tin, mak!

EMAK: Biar betul, nak. Cuba kira lagi.

ANAK: Betullah mak. Empat tin semuanya!

EMAK: Salah! Jawapan betul ialah lima. Bagaimana kamu kira empat, nak?

ANAK: Empat.....

EMAK: Lima!!!!

ANAK:Ya empatlah!!! Orang yang nak minum Coca Cola cuma empat, saya kan mahu minum Pepsi.

EMAK: @#$%@%!!!

Situasi 4
Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.

Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"

Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??

Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".



amacam sumer.. klakar x?? klau x kelakar pn mesti la lawak kan??? eh ade beza ke?? hehehe...

p/s: ini hanyalah untuk suke2 bg merehatkan minda yang telah telah full of number n its all about math... just relax by reading these story.. n make sure you're not eating while reading this..

Indahnya Matematik

InDaHnYA MaTeMatiK...

Saya  ingin berkongsi sesuatu tentang keajaiban matematik.Kredit untuk Prof Katak atas entri ini....diharapkan catatan ini dapat memberi inspirasi untuk anda mendalami ilmu matematik..

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 987 65
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebat kan ?
Lihat ini pula :
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Umumnya, apakah yang bersamaan dengan 100%?
Bagaimana pula jika kita mampu memberikan LEBIH daripada 100%?
Pernahkah anda terfikirknnya?
Jika anda berhadapan dengan situasi yang memerlukan anda memberikan LEBIH 100%.
Bagaimana mencapai 101%?
Di sini terdapat sedikit formula matematik yang boleh anda cuba..
Jika:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Diwakili oleh :
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
Tetapi:
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Bagaimana pula cinta anda pada Allah..
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%
Kesimpulannya:
Usaha gigih dan pengetahuan akan membawa kamu menuju impian, manakala sikap yang positif adalah penentu kejayaan tetapi cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya.
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya berjudul Minhajul'Abidin disebutkan, " tiap - tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu yang Maha Esa".
Fikir - fikirkan...

Cara Mudah Hafal SifiR !!!

Cara MudaH HafaL SifiR

Assalammualaikum semua...tadi saya terbaca sebuah ringkasan journal bertajuk 'Penguasaan Sifir Darab dalam Matematik Tahap Dua' menerusi http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER yang berbunyi:

"Pencapaian rendah di kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi math phobia. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis," Agnes Voo Tun Chuan.

Maka saya ingin berkogsi sesuatu dengan anda semua kaedah paling mudah untuk menghafal sifir. Hakikatnya sifir amat mudah jika diberi cara dan teknik yang mudah. Menerusi buku E- Book Mudah sifir kita dapati:
Untuk mengira sifir 6 - 9 ( gunakan nombor rujukan 10)

Untuk mengira sifir 6 - 9 ( gunakan jari)


Diharap kaedah - kaedah di atas dapat membantu anda menguasai sifir. sekian..selamat belajar!!